Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Rajagopal bangga dengan persembahan anak buah

Biarpun terkeluar daripada saingan Piala FA musim ini, bagi pengendali PKNS FC, Datuk K Rajagopal tetap berbangga dengan persembahan daripada anak buahnya selepas mencatat keputusan seri 1-1 (agregat 2-4) di Stadium Darul Aman semalam.

“Kami datang ke Kedah dengan penuh keyakinan dan saya fikir dari mula kami bermain dengan baik pada awal 16 minit pertama walaupun kita dibolosi berpunca dari serangan balas namun kami berjaya bangkit dan dapat menyamakan kedudukan.”

“Apa yang saya suka ialah cara kebangkitan pemain dan selepas mendapat gol pertama saya berharap dapat menambah gol dan jika kami mendapat gol tambahan mungkin corak permainan akan bertukar.”

“Jika kita mahu ikutkan peratusan kawalan bola dan serangan dalam permainan, saya fikir PKNS bermain dengan baik, cuma percubaan dan peluang yang kita dapat, kita gagal menjaringkan gol.. itu saja.”

“Bagaimanapun saya tetap gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh pemain saya pada malam ini (malam tadi).”

Tetapi bagi Rajagopal, beliau menyatakan rasa kecewa kepada bahagian serangan yang mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

“Saya rasakan, kegagalan mendapatkan gol tambahan mungkin kerana pemain terlalu memberi harapan tinggi mencari gol kedua namun kerja keras untuk dapatkan gol  tu tidak berhasil dan jika dalam situasi pemain lebih tenang, mungkin gol dapat dihasilkan.” katanya.