Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Alex gembira aksi pertama di Darul Aman

Penampilan pertama Azamuddin Akil pada musim ini berjaya mengukir senyuman kepada para penyokong Kedah pada aksi suku akhir kedua menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman semalam.

“Selapas lapan bulan berehat.. saya kini mencapai 90 peratus pemulihan dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pengurusan pasukan Kedah yang memberi saya peluang dan menerima saya bersama skuad Lang Merah.”

“Jika Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak menerima saya, kerjaya saya sudah habis.. dan sepanjang lapan bulan ini saya bergelut untuk capai kecergasan hingga dapat beraksi semula dan saya juga menghargai usaha jurulatih dan rakan pasukan yang memberi semangat kepada saya.”

“Ini merupakan perlawanan pertama saya sejak kecederaan kaki dan dalam tempoh lapan bulan, dua kali saya lakukan pembedahan dan pada kali pertama tidak menjadi (berjaya) dan saya bersyukur pada kali kedua ianya berjaya dan pihak fisio pasukan Kedah telah menjaga saya dengan begitu baik sekali.”

Beliau turut berterima kasih kepada para penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau.

“Semua orang tahu tujuan saya ke sini (Kedah) untuk bermain bola dan saya juga menjalani tempoh lima bulan tanpa gaji dan saya telah berkorban untuk kerjaya saya dan Alhamdulillah, saya kini dapat beraksi kembali malam ini (semalam) dan Insya Allah saya kini sudah bersedia untuk terus beraksi.”