Malaysia Berita

Bujang Senang lunyai dibelasah PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) meneruskan rentak kemenangan mereka dengan mengekalkan rekod cemerlang apabila membelasah Sarawak 6-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam.

Selepas menang bergaya ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan meranapkan rekod tanpa kalah kelab dari selatan tanah air, PDRM meneruskan aksi garang dengan mendahului permainan dengan jaringan selesa 4-0 pada separuh masa pertama.

Gol jaringan ketua pasukan, Azmizi Azmi, Lee Changhoon, Andre da Silva dan Shahurain Abu Samah telah meletakkan PDRM di kedudukan yang selesa sebelum menyambung pesta gol pada babak kedua.

Dua jaringan R Gopinathan dan dua gol saguhati daripada Sarawak pada separuh masa kedua memberi kemenangan selesa buat PDRM.