Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Kedah layak ke separuh akhir

Kedah berjaya meletakkan diri mereka ke dalam kelompok empat terbaik selepas melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA selepas berjaya mengikat PKNS FC 1-1 di Stadium Darul Aman seterusnya menang dengan agregat 4-2.

Bekalan dua gol sebelum ini digunakan dengan baik oleh Kedah bagi membangkitkan semangat mereka dalam mempertahankan gawang daripada dibolosi oleh PKNS FC.

Cubaan menarik hadir pada minit kelima oleh Fernando Rodriguez tetapi gagal menghasilkan gol selepas tandukan beliau tersasar.

PKNS pula cuba memburu gol awal tetapi sepakan percuma hanya hinggap di palang gawang gol Kedah.

Kedah membuka jaringan melalui Jonathan Bauman yang menewaskan penjaga gol lawan selepas menerima hantaran daripada Rodriquez di sebelah kiri padang.

PKNS FC berjaya menyamakan kedudukan melalui gol sendiri Azmeer Yusof yang menolak hantaran Gabriel Guerra ke gawang sendiri dan keputusan seri kekal hingga tamat permainan.