Malaysia Berita

PDRM tandatangan tiga pemain baharu

Pengurus pasukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar mengesahkan bahawa PDRM telah mengikat tiga pemain baharu — R Gopinathan, Farid Ramli dan Stuart Wark

Bagi beliau, kehadiran mereka adalah untuk memperkuatkan lagi pasukan bagi menghadapi perlawanan yang akan datang.

“Kita anggap kehadiran Gopinathan dapat menyelesaikan masalah PDRM di bahagian kiri selain kami turut diperkuatkan dengan beberapa pemain baharu.

“Malah, ada seorang lagi pemain import akan datang tapi saya tidak boleh maklumkan siapa yang akan digugurkan kerana perkara itu masih belum muktamad,” katanya.

Beliau berkata kepada BH Sukan, PDRM juga bakal menguji pemain kelahiran Perancis, David Manga untuk memperkuatkan skuad itu.

“Manga belum muktamad lagi, kita akan cuba lihat prestasi dia dulu dan mungkin selepas aksi dengan Sarawak kita akan buat keputusan,” jelas Kamarul.