Luar Negara Berita

Ejen Pogba kena gantung oleh FIFA

Mino Raiola, ejen pemain bola sepak terkenal yang mempunyai ramai pemain-pemain berkualiti dibawah jagaannya menerima hukuman lebih berat oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila disekat di seluruh dunia.

Sebelum ini, ejen kepada Paul Pogba ini dikenakan hukuman di Itali apabila digantung tiga bulan.

“Pengerusi Jawatankuasa Disiplin FIFA hari ini mengambil keputusan menambah sekatan yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Itali (FIGC) ke atas Carmine (Mino) dan Vincenzo Raiola berkuatkuasa di seluruh dunia,” kata FIFA menerusi kenyataan.

“Carmine Raiola digantung selama tiga bulan manakala Vincenzo Raiola pula dua bulan.”

Raiola ketika ditanya oleh media memberitahu bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang mengenai sekatan ini.