Luar Negara

Paulinho Sah Sertai Barcelona Dari Guangzhou Evergrande

FC Barcelona sebentar tadi baru sahaja secara rasmi mengumumkan perpindahan pemain tengah baharu mereka, Paulinho dari gergasi Chinese Super League, Guangzhou Evergrande.

Memetik laporan dari Mundo Deportivo, Paulinho akan menjalani pemeriksaan perubatan pada hari Khamis dan akan diperkenalkan pada hari yang sama di Nou Camp.

Barcelona juga dilaporkan membayar nilai perpindahan sekitar €40 juta, dengan kontrak selama 4 tahun serta klausa pelepasan berjumlah €120 juta.

Paulinho menyertai Tottenham Hotspur pada 2013 dengan nilai  £17 juta sebelum berhijrah ke Guangzhou Evergrande 2 tahun kemudian.

Perpindahan Paulinho ke Barcelona ini berjaya membawa keuntungan kepada Guangzhou Evergrande sekitar €26 juta, dimana mereka telah membayar Tottenham Hotspur €14 juta ketika menandatangani Paulinho 2 musim yang lalu.