Luar Negara Berita

Nike keluarkan kasut khas buat Ronaldo

Nike mengeluarkan model kasut bola sepak istimewa bagi menyambut 600 gol yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo pada pertemuan dengan Inter Milan yang berakhir seri, 1-1 bulan lalu.

Nike juga dalam kenyataannya mengatakan bahawa keluaran kasut ini adalah untuk menyambut Ronaldo yang berjaya memenangi piala liga di tiga buah negara yang berbeza – England, Sepanyol dan Itali.

Mercurial Superfly 360 CR7 SE yang disalut warna hitam dan pada bahagian tepi kasut diletakkan tulisan ‘CR7STIANO’ yang berwarna putih.

Manakala nombor 7  disalut dengan warna emas bagi melambangkan nombor jersi kegemarannya dan dibahagian tapak kasut dan logo Swoosh juga diwarnakan dengan warna keemasan.

Tetapi tidak dapat dipastikan adakah koleksi ini dijual kepada orang ramai atau ianya hanya dikeluarkan khas untuk Ronaldo.