Luar Negara Berita

‘Anda tak diperlukan lagi’ – Zidane kepada Bale

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane telah memulakan pertemua dua mata dengan para pemainnya untuk memberitahu mereka sama ada mereka akan kekal di Madrid pada musim depan, lapor Marca.

Gareth Bale, Marcos Llorente dan Dani Ceballos adalah tiga pemain yang diberitahu masa hadapan mereka.

Dikhabarkan ketiga-tiga pemain tersebut telah diberitahu bahawa mereka tidak diperlukan oleh Zidane pada musim hadapan dan mengharapkan mereka untuk berpindah pada musim panas nanti.

Marca melaporkan bahawa Bale adalah orang pertama yang menerima berita bahawa beliau tidak diperlukan pada musim hadapan.

Pemain kelahiran Wales telah menyatakan hasratnya untuk kekal di Madrid setelah pelantikan semula Zidane tetapi nampaknya hasratnya itu tidak akan diendahkan.

Bale sebelum ini disingkirkan oleh Zidane pada pertembungan dengan Villareal dan kelihatan seperti hubungannya dengan jurulatih daripada Perancis itu tidak dapat diperbaiki lagi.