Luar Negara Berita

Eden Hazard atasi Van Dijk sebagai pemain terbaik

Virgil van Dijk dan Raheem Sterling mungkin menjadi kegemaran semua orang untuk memenangi anugerah Player of the Year, tetapi menurut statistik Eden Hazard sebenarnya pemain terbaik dalam Liga Perdana.

Sepanjang musim Virgil van Dijk dan Raheem Sterling berada dalam persaingan. Bagi sebahagian besar musim ini, ianya mungkin tentang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris tetapi sebagai pemain, ia juga mengenai anugerah Pemain Terbaik.

Untuk Liverpool, Van Dijk telah memberikan segalanya dalam tempoh 18 bulan yang lalu. Sejak musim lalu, Liverpool telah bertukar daripada pasukan yang mempunyai rekod jaringan yang baik kepada pasukan yang mempunyai pertahanan yang baik.

Manakala Sterling telah meletakkan beliau sebagai pemain terbaik dibawah kendalian Pep Guardiola dan dalam perjalanan dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris.

Selepas pencalonan untuk anugerah Player of the Year diumumkan dan Van Dijk dijangka akan mengalahkan Sterling untuk anugerah ini.

Bagaimanapun, menurut WhoScored.com, Van Dijk bukanlah pemain terbaik pada musim ini. Laman web ini meletakkan Eden Hazard disenarai teratas.

Penyerang Chelsea ini telah menjaringkan 16 gol dan 12 bantuan gol musim ini serta membantu Chelsea dalam saingan empat teratas, tetapi Sergio Aguero, Mo Salah, Sadio Mane, Harry Kane dan Sterling menjaringkan lebih banyak gol daripada beliau.

Menurut statistik ini juga telah menunjukkan mengapa ianya sangat penting untuk Blues mengekalkan beliau di Stamford Bridge dan menghalang mana-mana pasukan untuk mendapatkannya.

Tetapi statistik ini menimbulkan sedikit persoalan apabila  Paul Pogba diletakkan sebagai antara 10 terbaik dan Bernando Silva gagal berada di dalam kelompok ini.