Luar Negara Futsal

Kehidupan Atta Elayyan, mangsa serangan Christchurch dikenang melalui futsal

Rakan-rakan kepada pemain futsal New Zealand yang terbunuh dalam serangan pengganas Christchurch telah menyertai satu kejohanan yang tidak dimainkan sejak 2011 sebagai satu penghormatan kepadanya.

Atta Elayyan, 33, adalah antara mangsa yang ditembak di masjid Deans Ave pada 15 Mac lalu. Mangsa terlibat dalam komuniti futsal New Zealand, bermain untuk pasukan Canterbury dan skuad negara New Zealand, dan bertanggungjawab melatih ramai pemain muda.

Rakan dan penyelenggara acara Bakr Al Saudi, 37, berkata Pertandingan Futsal Memorial Atta Elayyan berlangsung selama dua hari bertujuan untuk meraikan kehidupan Elayyan dan menawarkan sokongan kepada mereka yang terjejas.

Dia berkata mereka sedar beberapa pemain, terutamanya lelaki, mungkin tidak mahir berkongsi emosi.

“Mereka cuba menjadi macho, cuba memegangnya untuk terus hidup.

“Selepas insiden[menembak] dan pengebumian itu, [kita] tersebar semula dan kembali ke kehidupan normal, tetapi anda boleh mengatakan bahawa jauh di dalam hati mereka masih berbekas luka itu.”

Pemain futsal, Hamish Mitchell berkata, perasaan terkejut masih menyebelungi dirinya

Kejohanan ini membolehkan para pemain untuk bersatu sebagai sebuah komuniti. “Sukan membawa semua orang bersama,” katanya.

Al Saudi berkata: “Matlamat utama acara ini adalah untuk meraikan Atta , di mana semasa hidupnya ia membina hubungan dengan begitu banyak orang dari semua latar belakang yang berbeza, semua aspek kehidupan yang berbeza.”