Malaysia Berita

Nik Akif nafi mahu tinggalkan Kelantan

Pemain muda Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat tampil menjelaskan satu laporan yang menyatakan beliau mahu berhirah daripada skuad Red Warriors.

Dalam laporan berkenaan, dikatakan bahawa beliau sedia untuk menebus kontrak berjumlah RM1 juta untuk melangkah keluar daripada Kelantan.

Bercakap kepada Berita Harian, Nik Akif menyatakan jika ada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya, pasukan terbabit perlu berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan.

“Saya hanya menjawab soalan yang ditanya dan wartawan itu tanya mengenai jika ada pasukan yang tawarkan kontrak, saya jawab mereka kena berhubung dengan pihak pengurusan KAFA dan bukannya saya.

“Tetapi dalam laporan itu menyatakan seolah-olah saya ingin tebus kontrak dan berhijrah ke pasukan lain demi menyelamatkan karier.

“Saya tidak mahu masuk campur soal urusan dan memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku,” katanya.