Luar Negara Berita

Badi Pep Guardiola berterusan, adakah mereka perlukan perubahan?

Apa yang terjadi pada Manchester City pada babak pertama Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Anfield 12 bulan yang lalu bukanlah sesuatu yang biasa tetapi kesinambungan ‘penyakit’ yang berterusan daripada Pep Guardiola dan ia berjangkit ketika mereka tewas 1-0 sewaktu berkunjung ke stadium baru Tottenham

Dalam empat lima musim terakhir dalam pertandingan utama Eropah,  pertama dengan Bayern Munich dan yang terakhir dengan City, pasukan Guardiola melihat harapan Liga Juara-juara mereka lenyap.

Menamatkan ‘badi’ menjadi misi utama Guardiola minggu depan ketika melayan kunjungan Tottenham Hotspurs di Etihad.

Guardiola memenangi Liga Juara-Juara pada tahun 2011, akan tetapi sejak kebelakangan ini orang ramai menimbulkan persoalan sama ada beliau perlu mengubah cara permainan beliau. Bukan perubahan secara menyeluruh, tetapi perubahan yang rasional dan modifikasi yang lebih berbeza dengan apa yang beliau pernah lakukan.

Pada perlawanan menentang Liverpool musim ini, ia menjadi bukti bagaimana Guardiola mampu untuk mengubah cara permainan beliau sehingga mereka menang pada Januari lalu 2-1 ke atas Liverpool yang menghidupkan kembali gelaran juara liga. Sekiranya perlawanan itu adalah Liga Juara-Juara, sudah pasti ia dianggap sebagai taktikal yang bernas dan berbeza daripada Guardiola.

Guardiola terlalu teguh dengan taktikal yang digunakan oleh beliau dan pola yang biasa beredar di Liga Juara-Juara, di mana pasukannya akhir melepaskan gol mudah buat pihak lawan berada di depan dengan selesa.

Sebagai contoh, City bolos tiga gol ketika menentang Liverpool pada aksi Liga Juara-Juara musim lalu di Anfield dalam masa 19 minit. Pada tahun sebelumnya, Monaco menjaringkan dua gol pada perlawanan pertama dan melepaskan gol dalam masa 21 minit pada perlawanan kedua pusingan 16 yang akhirnya menyaksikan mereka terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara.

Sewaktu di Bayern, Guardiola bolos tiga gol dalam masa 18 minit ketika menentang Real Madrid pada April 2014 dan pada musim berikutnya pasukan beliau bolos tiga gol dalam masa 17 minit terakhir menentang Barcelona – kedua-dua pada peringkat separuh akhir.

Guardiola mempunyai masalah di mana beliau terlalu berpegang pada bahagian serangan, ia ditambah pula dengan beberapa perubahan taktikal. Namun setelah melihat Liverpool menewaskan City dalam Liga Juara-Juara musim lepas, serta kekalahan Liga Perdana 4-3 di Anfield pada Januari tahun lalu, Guardiola faham bahawa ada perubahan yang perlu dilakukan.

Guardiola seharusnya memikirkan sesuatu untuk keluar daripada badi ini ketika menerima kunjungan Tottenham, minggu hadapan.