Luar Negara Berita

Messi pemain dengan pendapatan tertinggi, peroleh €130 juta dalam setahun

Lionel Messi adalah pemain dengan pendapatan tertinggi mengikut angka yang disusun oleh Football France.

Laporan tersebut mengeluarkan 20 pemain dengan pendapat tertinggi termasuk bonus dan pendapatan komersil.

Messi memimpin senarai tersebut dengan jumlah pendapatan sebanyak € 130 juta setiap tahun. Pemenang lima kali Ballon d’Or memperoleh lebih €17 juta daripada Cristiano Ronaldo walaupun penyerang Portugal telah menandatangani perjanjian dengan Juventus.

 

Biarpun Ronaldo mempunyai pelbagai perniagaan – gimnasium, kasut, seluar dalam, selimut, hotel, minyak wangi dan terbaru klinik. Tetapi beliau tetap tewas dengan Messi yang mempunyai kontrak penajaan yang besar daripada Adidas, Gatorade, MasterCard dan Pepsi.

Manakala di tempat ketiga adalah pemain paling mahal di dunia, Neymar yang membuat perpindahan mengejut daripada Barcelona ke PSG dengan nilai perpindahan £198 juta.

Antoine Griezman dan Gareth Bale melengkapkan senarai lima pemain terkaya dunia.

Pemain lagenda Barcelona, Andres Iniesta masih mendapat pendapatan yang besar biarpun telah melakukan perpindahan ke Vissel Kobe dengan mengumpul €33 juta setiap tahun dan Alexis Sanchez, berada di tangga ketujuh.