Luar Negara Berita

Penduduk Barcelona rungkai teori pelik mengapa Philippe Coutinho gagal menyerlah di Nou Camp

Philippe Coutinho telah menjadi mangsa kritikan sejak membuat perpindahan daripada Liverpool ke Barcelona.

Pemain Brazil berusia 26 tahun itu tiba di Camp Nou dari Liverpool tahun lalu, namun beliau gagal memenuhi harapan yang diletakkan dibahunya.

Walau bagaimanapun, terdapat teori dikalangan penduduk di Castelldefels, salah satu wilayah di Barcelona, di mana terletaknya​​ rumah Coutinho.

ESPN baru-baru ini melaporkan bahawa penduduk tempatan percaya bahawa rumah bekas bintang Liverpool itu ‘disumpah’.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Menurut laporan terbabit, Cesc Fàbregas telah membeli rumah terbabit sebelum beliau melakukan perpindahan ke Chelsea.

Thomas Vermaelen juga pernah tinggal di sana dan menghadapi kritikan yang hampir sama seperti Coutinho sepanjang beraksi bersama Barcelona.

Laporan terbabit juga melaporkan bahawa Andre Gomes juga pernah tinggal disana selepas melakukan perpindahan daripada Valencia ke Barcelona.

Beliau juga menghadapi musim yang sukar sepanjang bersama Barcelona dan mengakui bahawa beliau masih berjuang untuk menangani kritikan terhadap persembahannya.

Berbalik kepada Coutinho, beliau yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dilihat menghadapi situasi yang sama dengan beberapa pemain lain yang pernah tinggal di rumah tersebut.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Bintang Barcelona tersebut dibeli dengan bayaran sebanyak £105 juta, di mana terdapat bayaran tambahan sebanyak £38 juta. Menjadikan beliau pemain termahal pernah menyarung jersi Barcelona.

Sepanjang beraksi bersama Barcelona, Coutinho gagal menyerlah.

Menurut Roberto Fernández, yang merupakan bekas pengarah sukan untuk Barcelona ketika Coutinho tiba di kelab itu.

“Ia biasa, apa yang dia lalui,” katanya kepada ESPN.

“Dia adalah salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia, tetapi ada satu perkara yang menahannya, sesuatu yang akan memberi kesan yang sama kepada sesiapa: jika anda tidak bermain secara teratur, anda mula putus asa.” Katanya