Manchester United dilihat bakal melakukan rombakan besar-besaran keatas skuad mereka dengan enam pemain mugkin akan meninggalkan Old Trafford, lapor Sky Sports.
Ia dilihat sebagai rombakan besar sejak musim panas 2015 apabila Louis van Gaal melepaskan hampir setengah dozen pemain sewaktu memegang tampuk pengurusan United yang melihat pemergian Angel Di Maria, Robin van Persia dan Javier Hernandez.
Beberapa laporan media UK juga turut melaporkan bahawa pemain tengah United, Ander Herrera telah bersetuju untuk menyertai Paris Saint-Germain, sementara Juan Mata sedang berunding dengan gergasi Sepanyol, Barcelona.
Alexis Sanchez dilihat bergelut di United sejak menyertai Arsenal pada Januari 2018 dalam perjanjian pertukaran yang melibatkan Henrikh Mkhitaryan, beliau hanya menjaringkan lima gol dalam 41 penampilan.
Difahamkan, Ole Gunnar Solskjaer sudah mempunyai kata putus mengenai masa depan Sanchez di United.
Antonio Valencia dijangka meninggalkan United pada musim panas ini selepas kelab itu memilih untuk tidak melanjutkan kontrak beliau, sementara rakan sepasukan, Marcos Rojo telah dibenarkan untuk berlatih dengan pasukan Argentina, Estudiantes.
Matteo Darmian, dikaitkan dengan kepulangan ke Serie A pada Januari lalu setelah gagal mendapat tempat di dalam kesebelasan utama Solskjaer.
Manakala perbincangan dengan David de Gea dilihat masih berterus, dengan United mengharapkan satu perjanjian dapat dicapai untuk mengekalkan pemain berusia 28 tahun tersebut.
Kontrak De Gea tamat pada akhir musim depan dan dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan PSG dalam beberapa bulan kebelakangan ini.