Luar Negara Berita

Yaya Toure, Balotelli, Sterling dan Boateng berang dengan Bonucci

Cubaan Leonardo Bonucci menyalahkan rakan sepasukan, Moise Kean yang berusia 19 tahun disebabkan sorakan berbaur perkauman akhirnya memakan diri apabila mencetus kemarahan ramai pihak.

Kean di sorak dengan nyanyian perkauman pada malam kemenangan Juventus ke atas pasukan Sardinia di Arena Sardegna. Beliau membalas sorakan tersebut dengan gol kemenangan buat Juventus dan tenang menyambut gol tersebut di hadapan penyokong lawan.

“Ada teriakan perkauman selepas gol tersebut,” kata Bonucci kepada Sky Sport Italia selepas perlawanan itu. “Blaise [Matuidi] mendengarnya dan marah, saya fikir ia adalah 50-50 kerana Moise tidak sepatutnya melakukannya [menyambut gol kemenangan] dan curva itu seharusnya tidak bertindak seperti itu.”

Namun, komen Bonucci yang menyalahkan rakan sepasukannya tidak diterima oleh beberapa nama besar dalam bola sepak – Yaya Toure, Mario Balotelli dan Raheem Sterling – dan mengecam tindakan Bonucci menyalahkan Kean.

“Beritahu Bonucci dia bernasib baik kerana saya tidak ada di sana,” kata Balotelli di Instagram milik Keane, sebelum menyambung “daripada mempertahankan kamu, dia melakukan itu, saya sangat terkejut.”

Selepas, Kevin-Prince Boateng, Memphis Depay dan Sterling turut mengecam tindakan Bonucci, tetapi tidak sepedih kata-kata Yaya Toure kepada pertahanan Juventus tersebut.

“Bagi saya, tidak ada yang lebih buruk daripada mempunyai rakan sepasukan yang menyerang kamu,” kata pemain tengah Ivory Coast.

Dalam usaha untuk menenangkan api yang telah membara, Bonucci mengeluarkan satu kenyataan di laman Instagramnya, “tanpa mengira segalanya, dalam apa jua keadaan, tidak kepada perkauman”.