Liga Super Malaysia

Jasazrin Mahu Rakan Kembali Fokus

Felda United FC telah merekodkan tiga keputusan seri, dua kekalahan dan satu kemenangan dalam kempen Liga Super musim ini.

Biarpun mengalami masalah lambat menyesuaikan diri dengan perlawanan apabila mencatat kekalahan dengan PKNS FC, 2-0 minggu lalu. Bagi pemain tengah Felda United, Jasazrin Jamaluddin percaya bahawa rakan sepasukannya akan bangkit daripada rekod buruk sebelum ini.

“Oleh itu, tempoh rehat liga perlu dimanfaatkan sebaiknya bukan saja memperkasakan pasukan, malah fokus kepada meningkatkan tahap kecergasan.

“Sebaik kembali menjalani latihan minggu lalu, kami menekankan  kepada kecergasan dan memastikan prestasi lebih baik dapat dipersembahkan apabila liga bersambung nanti.

“Lebih-lebih lagi, FELDA United akan bertemu Pahang yang diakui memiliki barisan pemain berpengalaman yang memerlukan kami

Beliau juga mengharapkan persembahan terbaik dapat dipersembahkan selepas rehat antarabangsa.

“Setakat ini, saya berpuas hati kerana berada dalam skuad utama dalam enam perlawanan. Kepercayaan yang diberikan memberi keyakinan untuk beraksi dengan lebih baik.

“Oleh itu, saya bersama rakan sepasukan akan melakukan segalanya untuk meletakkan pasukan pada kedudukan terbaik musim ini,” katanya.