Malaysia Berita

Ronaldo Turun Ke Johor

Bekas pemain lagenda Real Madrid, Ronaldo Luís Nazário de Lima atau lebih dikenali Ronaldo tiba di Johor Darul Ta’zim bagi melawat kelab bola sepak terbabit.

Perkembangan ini disahkan oleh laman Facebook, Johor Southern Tigers di mana mereka menyebut kedatangan Ronaldo bagi melawat fasiliti yang terdapat di kelab terbabit.

“Pemain legenda Brazil, Ronaldo selamat tiba di Johor dan dibawa melihat prasarana dan infrastruktur yang dimiliki oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Pusat Latihan Padang Seri Gelam pada 12 Mac 2019.” Kata kenyataan terbabit.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pemenang Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali bakal menyaksikan perlawanan diantara JDT menentang kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC.

“Bertambah menarik, satu lagi sejarah yang cukup manis buat JDT apabila Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali dan pernah bermain untuk Barcelona, Real Madrid, AC Milan and Corinthians ini akan menyaksikan perlawanan sulung Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin menentang kelab Republik Korea, Gyeongnam FC pada malam ini.”

Ini bukan pertama kali pemain daripada Eropah tiba di JDT, di mana sebelum ini bekas rakan sepasukan Ronaldo, Luis Figo hadir bagi menyaksikan perlawanan di antara JDT dengan Perak bagi merebut Piala Sumbangsih awal bulan lalu.