Luar Negara Berita

Peminat Birmingham City Dijatuhkan Hukuman Penjara

Seorang peminat Birmingham City, Paul Mitchell dipenjara selama 14 minggu selepas mengaku bersalah di hadapan mahkamah setelah menceroboh masuk ke tengah padang dan menumbuk pemain Aston Villa, Jack Grealish pada aksi Liga Kejuaraan, kelmarin.

“Hukuman ini patut dijadikan sebagai denda dan pencegahan kepada yang lain serta memberi mesej kepada khalayak dan penyokong bahawa pemain seperti Grealish perlu dilindungi sepanjang masa,” kata majistret Alison Fisher.

Sportbible.com

Pendakwa raya Jonathan Purser juga membaca kenyataan bagi pihak kapten Villa.

“Saya tidak boleh merasakan betapa bertuahnya saya berada dalam kejadian ini,” katanya (melalui London Evening Standard).

“Ia boleh menjadi lebih teruk jika penyokong mempunyai senjata.”

Berikutan dari kejadian itu, Birmingham mengeluarkan kenyataan yang mengatakan “mengkritik tingkah laku individu yang melakukan perbuatan ini dan yakin bahawa dia akan diharamkan dari St Andrew selama-lamanya.”

Sportbible.com

Menteri Sukan dan Persatuan Awam, Ahli Parlimen Konservatif Mims Davies, memberi kenyataan bahawa kejadian yang berlaku melibatkan kapten Villa dan ketika Manchester United menentang Arsenal adalah “sesuatu yang hina.”

Mitchell, 27 tahun, seorang pekerja pub turut digantung selama 10 tahun daripada menghadiri mana-mana perlawanan bola sepak di Britain. Beliau juga turut diarahkan membawa £100 (RM536) kepada Grealish sebagai sebahagian daripada kos berjumlah £350 (RM1,876).