Liga Super Malaysia Berita

Muslim Kembali Hujung Bulan Ini

Pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad dijangka akan kembali beraksi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Pemain berusia 30 tahun ini terpaksa dikeluarkan pada perlawanan menentang Selangor  selepas mengalami kecederaan paha kiri dan terlepas beberapa perlawanan penting – Kedah dan PKNP FC.

Memetik kata-kata beliau kepada Berita Harian, “saya jangkakan akan kembali beraksi sebaik liga bersambung pada 31 Mac ini tetapi bergantung kepada prestasi untuk membantu pasukan.

“Setakat ini, hanya latihan ringan yang dapat dilakukan dan tempoh rehat liga ini membantu memulihkan kecederaan,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, pengurus pasukan Datuk Mohammed Suffian Awang berharap agar waktu rehat antarabangsa selama tiga minggu digunakan sebaik mungkin oleh semua pemain agar mengekalkan kecerdasan di tahap terbaik.

“Oleh itu, tempoh rehat ini dapat memberi ruang kepada pemain berehat dan mempamer prestasi terbaik apabila liga bersambung nanti,” katanya kepada Berita Harian.