Pengendali Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel mengakui terpaksa melupakan khidmat Neymar menjelang perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Manchester United bulan depan.
“Ia akan menjadi sangat sukar,” kata Tuchel kepada Canal+ ketika ditanya sama ada Neymar akan kembali dari kecederaan sebelum perlawanan dengan United, di Old Trafford pada 12 Februari.
“Ia masih terlalu awal untuk bercakap tentang tarikh kembali kerana kita perlu menunggu dan melihat bagaimana ‘Ney’ bertindak balas terhadap rawatan untuk menjadi lebih baik,”
Neymar sebelum ini pernah mengalami kecederaan yang sama selama tiga bulan yang menyaksikan beliau terlepas aksi bertemu Real Madrid dan hanya kembali sebelum Piala Dunia bermula.
“Saya tidak dapat mengesahkan diagnosis baru. Saya fikir kelab telah mengatakan segala-galanya mengenai kecederaan ini buat masa ini dan sekarang kita perlu menunggu, “tambah Tuchel.