Berita Asian Cup

VAR Bantu Jepun Tewaskan Vietnam Di Suku Akhir

Jepun melayakkan diri ke separuh akhir Piala Asia 2019 selepas berjaya menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan malam tadi yang menyaksikan Video Penolong Pengadil (VAR) digunakan dua kali.

VAR yang diguna pakai pada peringkat suku akhir membawa manfaat kepada pasukan Samurai Biru selepas berjaya untuk kekal di atas landasan dalam misi merangkul Piala Asia yang kelima buat negara terbabit.

VAR pertama pada minit ke 24 menyelamatkan skuad Vietnam apabila gol Maya Yoshida tidak diiktiraf pengadil kerana terkena tangan beliau. Tetapi VAR yang digunakan pada kali kedua apabila Bui Tien Dung menjatuhkan pemain Jepun, Ritsu Doan didalam kotak penalti memberi manfaat buat skuad Jepun selepas berjaya meletakkan mereka didepan.

Doan memanfaatkan sepakan penalti tersebut bagi memberi mereka tempat duduk awal di peringkat separuh akhir sebelum lawan mereka di antara Iran atau China berentap esok.