Berita Asian Cup

Vietnam Jumpa Jepun

Pemain pertahanan Vietnam, Bui Tien Dung mendedahkan rasa teruja ketika berjaya menyempurnakan sepakan penalti, ketika pasukannya menewaskan Jordan dalam penentuan penalti untuk mara ke suku akhir Piala AFC 2019.

Perlawanan yang dramatik menyaksikan keputusan seri 1-1 sehingga 120 minit masa tambahan. Tetapi Tien Dung tetap mengekalkan ketenangannya untuk menambah sentuhan terakhir bagi melayakkan pasukannya ke suku akhir.

Pemain berusia 23 tahun ini juga menjadi punca pasukan Vietnam layak ke suku akhir Piala AFC Bawah 23 tahun lalu. Menjaringkan sepakan penalti bagi meletakkan pasukan daripada Asia Tenggara itu tempat di perlawanan akhir.

“Saya sangat gembira dan teruja kerana pasukan kami  berjaya ke suku akhir,” katanya kepada AFC.com.

“Penalti yang saya hasilkan hari ini membawa banyak kenangan dari gol yang saya jaringkan tahun lalu di Changzhou.

“Saya merasakan berat tanggungjawab di bahu saya sekali lagi dan, apabila penalti saya masuk, saya merasakan saya menyampaikan keajaiban kepada pasukan kebangsaan dan rakyat Vietnam.”

Penjaga gawang Dang Van Lam turut memainkan peranan utama dalam penentuan sepakan penalti, beliau yang menyelamatkan sepakan Ahmed Saleh untuk memberikan Vietnam kelebihan.

“Semua orang tahu bahawa ada nasib yang terlibat dalam penalti itu, tetapi ia juga mengenai keyakinan dan hari ini saya merasa yakin,” katanya.

Vietnam kini akan menghadapi sama ada Jepun pada suku akhir Khamis ini di Stadium Al Maktoum.

Jepun yang kekal berada di landasan untuk merangkul gelaran kelima selepas mengalahkan Arab Saudi 1-0 pada pusingan ke 16 bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir.