Malaysia Berita

19 Pemain Barisi Skuad Futsal Perlis

Sembilan lelaki dan 10 wanita bakal menyarung jersi Singa Utara bagi kejuaraan Liga Futsal Profesional Malaysia tahun ini.

Ia adalah salah satu usaha pasukan daripada utara tanah air itu menghidupkan kembali nafas bolasepak setelah beberapa tahun mengambil pendekatan diam dan hanya menonton pasukan lain mencabar kejuaraan liga.

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie juga turut menyatakan bahawa 19 pemain ini bakal mengharungi persiapan pramusim di Uzbekistan.

Beliau turut mensasarkan pasukan futsal Singa Utara muncul juara liga.

Memetik kata-kata beliau di Berita Harian, “Insya-Allah pramusim itu akan diadakan bulan depan, tapi kami mesti lengkapkan barisan pemain. Cuma jangan pula kata kami berbelanja besar.

“Uzbekistan kami ada kerjasama di sana, nanti orang salah faham. Kami juga ada kerjasama dengan Indonesia, memang perancangan kami nak bawa skuad futsal jalani latihan di Indonesia selain Uzbekistan,” katanya pada sidang media memperkenalkan skuad futsal Perlis.

Khabar gembira untuk skuad futsal Perlis apabila syarikat barangan sukan Joma bersetuju untuk menaja skuad Singa Utara dengan jumlah tajaan kira-kira RM50,000 semusim.