Eropah Berita

Ejenku Adalah Isteriku – Icardi

Mauro Icardi menafikan laporan Inter Milan telah meminta beliau memecat ejennya, Wanda Nara yang juga adalah isteri beliau.

Masa depan penyerang kelahiran Argentina bersama dengan kelab gergasi Itali, Inter Milan kini ditahap ragu-ragu, dengan beberapa kelab seperti Real Madrid dan Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau..

Akibat daripada berita perpindahan pemain ini yang berlegar di sekitar Eropah. Inter telah meminta Icardi untuk memecat Nara yang bekerja sebagai ejen beliau.

Beliau juga menjelaskan di laman Instagram miliknya dengan memuat naik satu video. Icardi berkata, “Di manakah semua ini bermula? Bagaimana mungkkin La Gazzetta menulis sampah ini?”

Icardi selepas itu menjelaskan laporan bahawa Nara akan terus kekal sebagai ejen beliau sehingga kerjayanya berakhir.

“Lebih lanjut, saya ingin menunjukkan bahawa saya sangat, sangat gembira dan berpuas hati dengan kerja yang telah kami lakukan setakat ini.

“Atas sebab ini, ia (Nara) akan sentiasa menjaga kepentingan saya sehingga akhir karier saya.”

Bulan lalu, Nara telah mencetuskan kemarahan pengurusan Inter apabila mendakwa kelab itu cuba menjual Icardi ke Juventus pada musim panas yang lalu.

Selepas musim yang cemerlang apabila berjaya meledak beberapa gol penting sepanjang perlawanan, Inter terpaksa bertarung untuk meyakinkan Icardi agar terus kekal di Inter biarpun Real Madrid, Juventus dan Chelsea menunjukkan minat yang tinggi pada pemain tersebut

Nara bercakap kepada media sebelum Krismas tahun lalu, beliau berkata, “Inter mahu menghantar Icardi ke Juventus, tetapi ia adalah Mauro yang mengatakan ‘tidak’ kerana dia mahu kekal di Inter.”