Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Shahrel Fikri Pecah Rahsia Thailand

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe mungkin akan menggunakan khidmat Shahrel Fikri Md Fauzi yang beraksi di Liga Thailand  bagi mencari jalan untuk menjinakkan pasukan Gajah Perang pada perlawanan separuh akhir pertama, Sabtu ini.

Shahrel Fikri yang bermain untuk kelab Nakhon Ratchasima selamat setahun pasti mempunyai rahsia ataupun pengetahuan dalam gaya permainan pemain Thailand.

Justeru, Tan Cheng Hoe berharap Shahrel Fikri dalam menggunakan pengalaman beliau untuk membantu rakan sepasukan.

“Saya berharap Shahrel dapat memanfaatkan pengalamannya dalam membantu rakan sepasukan. Thailand benar-benar kuat, kerana mereka telah menjaringkan banyak gol dalam peringkat kumpulan.

“Dan kombinasi antara Andisak dan Sanrawat sangat berbahaya, terutama Sanrawat yang paling banyak membantu dalam Piala AFF.

“Jika kita boleh menghalang kedua-dua mereka ini, saya pasti kami akan mendapat keputusan positif,” kata Cheng Hoe.

Shahrel juga telah memberitahu media bahawa dia sudah membincangkan perkara ini dengan Tan Cheng Hoe serta beliau turut menyatakan bahawa sudah terbiasa dengan kapten Gajah Perang, Chalermpong Kerdkaew.

“Kapten Thailand adalah kapten pasukan saya bersama (Nakhon Ratchasima).

“Ada sebab mengapa dia yang terbaik. Saya tahu sedikit tentang kekuatan dan kelemahannya.

“Saya juga memberitahu rakan sepasukan saya sedikit tentang beberapa pemain Thailand yang saya pernah bermain sebelum ini.

“Mereka tidak seperti pemain Liga Super kami, pertahanan mereka bagus dan serangan mereka lebih baik.”