Luar Negara Berita

Ferdinand Kecam Cara Mourinho

Rio Ferdinand hari ini mengkritik pengendali Manchester United, Jose Mourinho selepas pengurus The Red Devils itu mengeluarkan kenyataan yang mengkritik pemain muda United.

Mourinho dalam satu kenyataan pada sidang media selepas seri tanpa jaringan dengan Crystal Palace mengkritik Luke Shaw, Anthony Martial, Marcus Rashford dan Jesse Lingard sebagai pemain yang “kurang matang”.

Manakala Ferdinand pula mengatakan bahawa pendekatan Mourinho dengan memberitahu media akan merosakkan semangat di United. 

Ferdinand memberitahu BT Sport: “Apabila anda mendapat komen di mana dia mengkritik empat atau lima pemain muda di kelab ini, mengatakan mentaliti mereka tidak betul, apa yang anda harapkan?

“Adakah dia menjangkakan pemain akan memberi reaksi yang gembira dengan dia atau adakah dia mengharapkan pemain dia mempersoalkan pendekatan dia ; pengurus saya mengkritik saya dihadapan umum?”

“Saya tidak fikir ia betul untuk seorang pengurus bola sepak melakukannya.

“Saya tidak fikir dia akan mendapat produktiviti daripada komen seperti itu. Saya tidak fikir ia proaktif untuk kelab ini.

“Apa yang dia katakan mungkin benar. Dia berada di sana setiap hari, dia melihat pemainnya setiap hari.

“Dia mempunyai hak untuk mengatakannya.

“Tetapi saya fikir ia perlu dilakukan secara tertutup, di bilik persalinan, di hadapan pasukan.

“Anda tidak mendapat apa-apa yang positif dengan melakukan perkara itu secara terbuka dan peminat juga tidak menyukai cara beliau.” Katanya kepada BT Sport.