Malaysia Berita

FAM Bakal Perkenal Format Baharu

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperkenalkan format baharu untuk Piala FAM, pertandingan peringkat ketiga selepas Liga Super dan Liga Perdana, tahun depan.

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi bahawa satu format baharu akan diperkenalkan bagi memantapkan lagi Liga Malaysia (Liga-M).

Beliau juga turut menjelaskan bahawa pertandingan ini tidak akan dibatalkan walaupun kurang mendapat sambutan.

“Kami berada dalam peringkat perbincangan mengenai format baru dan akan mencapai kata sepakat nanti. Saya percaya bahawa promosi yang baik akan menarik lebih banyak pasukan, “kata Yusoff selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif badan kebangsaan di sini Sabtu kepada Sukan NSTP.

Setakat ini, hanya enam pasukan yang telah mendaftar untuk saingan musim hadapan – Terengganu FC II (TFCII), Angkatan Tentera, Kuching FA, Young Fighters FC, Perlis dan Majlis Bandaraya Kota Baru.