Berita

Rasuah: Bekas Pengarah Teknikal Timor Leste Digantung Seumur Hidup

Jawatankuasa Disiplin dan Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam telah membuat keputusan untuk mengharamkan bekas pengarah teknikal pasukan kebangsaan Timor Leste, Orlando Marques Henriques, dari sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup selepas didapati melanggar Artikel 69 dan Artikel 62 Kod Disiplin AFC 2014.

Orlando Marques Henriques didapati bersalah selepas menerima wang suapan berjumlah USD15,000 dari Rajendran a/l Kurusamy, seorang bookie, untuk mempengaruhi 7 orang pemain Timor Leste supaya tewas dalam satu perlawanan bertemu Malaysia pada 30 May 2015, semasa Sukan SEA berlangsung.

Menurut laporan dari Asiaone, Orlando Marques Henriques,49, telah bertemu dengan 3 orang disebuah kelab di Orchard Road dan ketiga-tiga orang itu telah menawarkan kepadanya USD15,000 untuk tewas kepada Malaysia. Rajendran a/l Kurusamy bersama-sama 2 orang lagi rakannya, Nasiruddin, 52 tahun dari Indonesia dan Moises Natalino De Jesus, 32 dari Timor Leste.

Dalam perlawanan itu, Malaysia menang 1-0 keatas Timor Leste hasil gol daripada D Saarvindran pada minit ke 12.

Beliau juga baru sahaja dibebaskan dari penjara di Singapura, selepas didapati bersalah atas pelbagai tuduhan berkaitan pada 2015.