Malaysia Berita

FAM Terima Perletakan Jawatan Subkhiddin

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan menyatakan telah menerima perletakan jawatan Subkhiddin Salleh sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Pengadil dan ahli eksekutif.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif yang berlangsung di Seri Kembangan, Sabtu lalu.

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin cuba untuk memujuk Subkhiddin daripada melepaskan jawatan beliau tetapi bekas pengadil FIFA itu tetap dengan pendirian beliau.

Subkhiddin meletakkan jawatan selepas dikritik teruk oleh peminat bolasepak tanah air selepas mempertahankan tindakan pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Perak dan Terengganu.

“Kami menghormati keputusan Subkhiddin, dan kami telah menerima peletakan jawatannya. Ini adalah kerugian besar kerana semua orang tahu dia berpengalaman dalam bidangnya, “kata Yusoff.

Sementara itu, Yusoff Mahadi turut menyatakan bahawa Datuk Aminuddin Omar akan mengambil alih jawatan yang ditinggalkan oleh Subkhiddin.

“Datuk Aminuddin Omar akan mengambil alih tugas timbalannya. Kami akan membuat keputusan mengenai kerusi exco di mesyuarat Kongres yang akan datang, “katanya kepada Sukan NSTP.