Anuar Abu Bakar, pemain kebangsaan di era 1990-an menghembuskan nafas terakhir pada malam satu Ramadhan memberi khabar duka buat bola sepak negara.
Allahyarham yang pernah beraksi di posisi tengah dan menyerang menderita kanser hati tahap empat dan telah mendapat rawatan di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.
Beliau yang berusia 48 tahun pernah menyarung jersi kebangsaan di antara tahun 1993 hingga 1997.
Allahyarham pernah menyarung jersi Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ Selangor sebelum berkecimpung dalam arena pengurusan dan antara pasukan yang pernah menggunakan khidmat beliau sebagai pembantu jurulatih ialah PKNS FC, T-Team dan Selangor.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampuni dosanya. Al-Fatihah.