Malaysia Berita

2018 AFF Cup – Kemboja vs Malaysia (Praperlawanan)

Malaysia

Kekuatan : Dengan beberapa muka baru, Tan Cheng Hoe akan menggunakan sepenuh kekuatan daripada setiap pasukan. Dengan taktikal menyerang yang akan menghancurkan pertahan lawan pasti akan digunakan oleh jurulatih daripada Kedah ini dan pengalaman daripada pemain lama pasti akan memotivasikan semua pemain.

Kelemahan : Ramai pemain muda B-23 tahun negara dipanggil untuk menyertai pasukan dan mereka tidak mempunyai konsistensi untuk bermain di peringkat senior. Manakala dengan bahagian tengah yang tidak mempunyai ramai pemain, pasti akan menjadi masalah oleh pasukan Malaysia. Ini kerana jentera tengah bakal dikawal oleh pemain muda negara dan yang merisaukan adalah kurangnya pengalaman serta kreativiti.

Pemain untuk ditonton – Safawi Rasid

Safawi Rasid adalah pemain yang paling berjaya pada tahun ini. Pada usia 21, dia telah membuat menempah nama dengan persembahan yang sangat baik pada peringkat  kelab mahupun negara. Pemain muda yang berani, datang dengan kelajuan dan mata yang sangat tajam untuk mencipta gol.

Kemboja

Kekuatan : Pelantikan legenda bola sepak Jepun, Keisuke Honda adalah salah satu motivasi yang tinggi di negara ini, dan pengalaman dan kepimpinan yang dia sampaikan kepada pemainnya pasti akan menjadikan mereka sebuah pasukan yang lain daripada yang lain. Kemboja adalah pasukan yang boleh mencipta kejutan.

Kelemahan : Walau bagaimanapun, jurulatih mereka juga mungkin kelemahan terbesar mereka. Bekas pemain antarabangsa Jepun itu tidak mempunyai banyak masa dengan pasukan Kemboja dan fokus beliau dibahagikan antara peranan sebagai jurulatih Kemboja dan komitmennya dengan pasukan Liga A-League, Melbourne Victory.

Pemain untuk Ditonton – Thierry Chantha Bin

Thierry Chantha Bin adalah pemain Liga Super Malaysia yang bermain dengan Terengganu FC. Dia pemain tengah yang fokus, mampu membaca perlawanan dan mempunyai kelebihan apabila mengetahui beberapa corak permainan pemain Malaysia.

Ramalan : Malaysia akan menang dengan 3 gol.