Malaysia Berita

Pemain Kuantan FA Tuntut Bayaran Gaji Sejak 2016?

26 pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) mengadu bahawa tiada pembayaran gaji dibuat sejak daripada 2016 melibatkan wang sebanyak RM 3 juta. 

Mereka mendakwa bahawa setiap maklum balas yang cuba untuk mereka dapatkan daripada pihak pengurusan disambut dingin dan sambil lewa seolah-olah mereka seperti meminta-minta. Tambahan pula mereka berasa amat kecewa dengan pengurusan yang mengambil mudah hal ini dengan tidak melunaskan gaji dalam tempoh tiga tahun.

Mereka diwakili oleh Rizal Budiman, Pegawai Pasukan Kuantan FA yang mendakwa ada beberapa pemain sudah mendapat pembayaran penuh kerana membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

“Enam pemain telah dibayar penuh kerana telah membuat laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlebih dahulu manakala 15 pemain hanya dibayar dua bulan sahaja dan selebihnya tidak dibayar langsung sehingga hari ini.

“Tiada tindakan atau perjumpaan dari pihak pengurusan untuk bagitahu kami apa sebenarnya yang berlaku sehingga kami tidak dibayar gaji selama tiga tahun..kami mahu tahu apa perkembangan pengurusan untuk selesaikan gaji kami namun tidak mereka ambil tindakan untuk senyap

“Bila kami hubungi, mereka buat tak tahu dan hilang begitu saja. Paling geram, mesej (WhatsApp) bertanda biru sudah dibaca namun senyap tanpa rasa bersalah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Laporan bukan sahaja dibuat kepada FAM pada awal tahun ini, tetapi dibuat juga kepada pihak polis.

“Tindakan ini kami lakukan supaya pihak yang terlibat dalam industri sukan khususnya bola sepak dapat membantu kerana kami telah lama menunggu..sebelum ini kami tidak membuat tindakan ini kerana masih menaruh harapan kepada pengurusan pasukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Perangai liat membayar gaji ini bukan baru dalam industri bola sepak tanah air, malahan ia sudah merebak kepada jurulatih.