Malaysia Berita

Norshahrul Mahu Ulang Pencapaian 2010

Norshahrul Idlan Talaha, 32 tahun, penyerang pasukan kebangsaan berharap dapat merangkul Piala AFF 2018 sekali lagi setelah kali terakhir berbuat demikian adalah pada tahun 2010.

Beliau yang telah mengumumkan bahawa tidak akan beraksi lagi buat pasukan negara kerana ingin memberi peluang kepada pemain muda berharap pada kejohanan AFF 2018 ini beliau dapat membantu pasukan Malaysia untuk merangkul kejuaran ini buat.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim ini adalah antara dua tonggak yang paling berusia didalam skuad Tan Cheng Hoe selain daripada Farizal Marlias.

Beliau pernah merangkul kejuaran Piala AFF 2010 apabila menang ke atas Indonesia.

“Saya harap ini akan menjadi Piala AFF terakhir,  jadi saya mahu menamatkannya dengan sesuatu yang manis,” katanya kepada Berita Harian.

Pemain kelahiran Terengganu ini telah membuat 58 penampilan untuk negara dan menjaringkan 8 gol untuk skuad senior.

Beliau juga berkata bahawa pada perlawanan persahabatan menentang Maldives di Stadium Bukit Jalil, Sabtu nanti, beliau ingin berusaha bersungguh-sunguh dan memberi 100% untuk pasukan mencapai kemenangan.

“Untuk perlawanan dengan Maldives ini, mungkin saya akan bagi lebih daripada 100 peratus, saya harap rakan-rakan yang lain juga membantu saya Insya Allah apa yang kita buat dengan Tajikistan itu kali ini menjadi untuk mendapat keputusan positif,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Tan Cheng Hoe akan menamakan 23 pemain yang akan beraksi di Piala AFF bermula 8 November depan selepas perlawanan menentang Maldives.

Norshahrul bakal menghadapi saingan yang sengit di bahagian penyerang apabila perlu merebut tempat itu bersama-sama dengan Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Ahmad Hazwan Bakri