Luar Negara Berita

Akhirnya Real Madrid Pecat Julen Lopetegui

Real Madrid yang tewas dengan Barcelona 5-1 beberapa hari yang lepas telah memecat Julen Lopetegui selepas 3 bulan mengendali kelab itu.

Beliau yang sebelum ini adalah jurulatih Sepanyol telah memulakan kempen liga dengan merekodkan 5 kekalahan daripada 7 dan beliau akan digantikan dengan Santiago Solari, jurulatih pasukan Real Madrid B.

Dalam kenyataan kelab itu berkata: “Keputusan ini, yang dibuat pihak atasan atas rasa tanggungjawab, bertujuan untuk mengubah nasib pasukan, ketika peluang masih terbuka untuk mencapai sasaran awal,”

“Lembaga pengarah memahami terdapat masalah daripada segi barisan kejurulatihan Real Madrid, apatah lagi seramai lapan pemain kita tercalon dalam anugerah Bola Emas. Ia sesuatu yang pernah terjadi dalam sejarah kelab ini berdasarkan keputusan yang diperolehi setakat ini.”

Solari adalah bekas pemain sayap Los Blancos akan memulakan tugasnya hari ini bagi mempersiapkan pasukan untuk kempen Copa del Rey menentang Melilla, esok.

Untuk rekod, Solari berjaya membawa Castilla menamatkan saingan Divisyen B di kedudukan ke-11 dan kelapan pada dua musim lalu.

Rekod buruk Real Madrid bermula apabila mereka kehilangan Ronalda yang berhijrah ke Juventus.