Luar Negara Berita

Eric Dier Atasi Sergio Ramos

Eric Dier percaya England harus mengekalkan rentak kemenangan di bawah pengurus Gareth Southgate selepas pasukan itu berjaya menewaskan Sepanyol di Liga UEFA Nations minggu ini.

England mengejutkan tuan rumah, 3-2 di Seville pada hari Isnin lalu. Dier memuji persembahan rakan-rakannya pada separuh masa pertama yang meletakkan mereka selesa dengan kelebihan 3 gol sebelum Sergio Busquets dan Sergio Ramos menjaringkan gol pada 15 minit terakhir.

Dier telah diberikan kad kuning oleh pengadil perlawanan selepas beliau menjatuhkan kepten Sepanyol, Sergio Ramos, tetapi pemain tengah England itu percaya bahawa England perlu pantas dalam mematikan rentak permainan Sepanyol.

“Sebaik sahaja permainan dimulakan, setiap orang perlu menjadi dirinya sendiri dan kita perlu bekerja dalam satu pasukan serta meletakkan penanda bahawa kenapa kita disini,” kata Dier kepada media British. “Kita perlu lebih agresif  dan menunjukkan tiada apa yang akan menakutkan kita.

Anak buah Southgate terus dipuji dengan taktikal yang mendominasi permainan tetapi bagi pemain  tengah England itu, selain daripada mendominasi permainan beliau percaya kekuatan fizikal juga perlu ada untuk mengalahkan pasukan yang kuat.

“Anda perlu menjadi pintar pada masa yang tepat,” tambah Dier. “Sememangnya ia mengecewakan Sepanyol,  mengecewakan orang ramai, saya fikir ia hanya sebuah permainan yang matang, pemain harus benar-benar tahu bila mahu memenangi bola, bila masa yang tepat untuk menolak lawan.”