Luar Negara Berita

German Tewas Lagi.

Juara dunia Perancis bangkit menewaskan Jerman 2-1 dengan dua gol dari Antoine Griezmann dalam perlawanan Piala Negara-Negara di Stade de France pada hari Selasa.

German sebelum itu mendahului dengan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Toni Kroos sebelum penyerak berusia 27 tahun Perancis menyamakan kedudukan dengan tandukan cantik hasil dari hantaran Hernandez. Beliau menambah duka German apabila menyumbat gol kemenangan selepas Matuidi dijatuhkan di dalam kotak penalty.

“Ini adalah perbezaan di antara satu pasukan yang hadir dengan banyak keyakinan dan satu lagi pasukan, seperti Jerman yang tidak mempunyai keyakinan dan mungkin tidak begitu cekap,” kata jurulatih Perancis Didier Deschamps kepada wartawan.

Perancis mendahului kedudukan Liga A Kumpulan 1 dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan.

Jerman turun dengan lima penukaran pemain yang kalah 3-0 ke atas Belanda pada hari Sabtu lalu.

“Kami tidak sepatutnya kecewa malam ini selepas persembahan seperti itu,” kata Loew, yang telah mengalami tekanan sejak kekalahan pada Piala Dunia pada bulan Jun lalu.

“Kami berada di tahap yang sama dengan juara dunia dan kami sepatutnya menjaringkan gol kedua pada separuh masa pertama, tetapi Perancis mempunyai banyak kualiti dan menjaringkan dua gol.”