Kolum

Dialog Dengan Kevin Sim Dari Bundesliga International Mengenai Pertumbuhan Di Asia dan Dunia.

Baca wawancara wakil Football Tribe, Cesare Polenghi dan Kevin Sim dari Bundesliga International tentang pertumbuhan liga domestik Jerman di Asia:

Pejabat APAC

Duxton Hill, lorong kecil di pusat bandar Singapura, deretan rumah kedai dengan budaya Cina yang berwarna-warni menangkap pandangan mata. Sebuah bilik dengan tertera kecil nombor 6A di pintunya adalah pejabat Asia Bundesliga International, di mana, dalam suasana sangat sederhana tetapi indah, saya mempunyai peluang untuk berbincang dengan Kevin Sim tentang kemajuan Bundesliga di Asia.

Setelah bekerja di Asia dan di Eropah selama beberapa tahun, Kevin adalah “manusia dua dunia”, dan dia memberitahu saya dengan penuh semangat tentang cabaran sepanjang pengembaraan beliau sebagai ketua APAC di Bundesliga International.

“Bundesliga adalah yang pertama dari liga-liga utama Eropah yang menubuhkan sebuah pejabat yang berpangkalan di luar Eropah iaitu Singapura pada tahun 2012,” kata Kevin. “Pejabat kami di U.S akan dibuka pada bulan Oktober ini dan kami juga sedang dalam proses membuka sebuah lagi pejabat operasi di China.

“Pada mulanya, tujuan awal kami adalah ingin memasarkan hak media liga kami, pada dasarnya menjual hak komersil kami kepada penyiar. Sejak tahun lalu, bagaimanapun, kami mula mengubal operasi kami dan kami telah menamakannya sebagai Bundesliga International. Operasi kami kini lebih kepada mendekati dan memikirkan pasaran global dengan cara yang sangat berbeza, jauh lebih holistik.

“Kami bekerjasama dengan rakan-rakan kami dalam proses membawa liga dan kelab-kelabnya ke peringkat antarabangsa, kami juga ingin memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada peminat di Asia. Dengan perubahan ini, kami sedang berusaha untuk berinteraksi dengan para peminat di rantau Asia menerusi aktiviti-aktiviti yang dirancang dan apa saja yang mungkin akan membawa Bundesliga lebih hidup di rantau ini. “

Hubungan Dengan Peminat Di Asia

Kerana kepentingan peribadi saya dalam globalisasi bola sepak, saya meminta Kevin untuk membincangkan dengan lebih terperinci apa yang dia dan Bundesliga lakukan untuk membina jambatan yang menghubungkan antara Jerman dan Asia, dan mengenai potensi rantau ini.

“Bagi saya, Asia Pasifik adalah tempat di mana bola sepak berkembang dengan pesat, ini adalah sukan nombor satu di kebanyakan negara setakat ini, dan bahkan di negara-negara di mana bolasepak belum menjadi sukan yang popular, tetapi semangat untuk bermainan terus wujud dan semakin berkembang, kerana bolasepak merealisasikan impian orang ramai.

“Kata-kata yang kami pegang adalah ‘bolasepak adalah seperti yang dimaksudkan,’  definisinya adalah penjenamaan pemikiran bolasepak bagi peminat. Bundesliga pada dasarnya untuk peminat, ia dimiliki oleh peminat ” Kevin menambah. “Ideanya adalah untuk membuat sukan ini lebih dekat dengan sesiapa sahaja. Dengan jualan tiket pada setiap perlawanan dijual murah, dan stadium diisi oleh setiap lapisan masyarakat, termasuk dengan tidak membezakan jantina dan umur. Kami memegang falsafah ini dan membuka peluang antarabangsa kepada liga dan kelab kami, kami mahu memupuk cara hidup kami, di mana bola sepak boleh menghubungkan semua orang.

“Jadi, sebahagian daripada tugas kami adalah untuk membantu kelab-kelab kami menjangkau lebih banyak peminat di sini. Apabila ada perlawanan berlangsung  di Jerman, perkara terbaik yang akan kami bawakan adalah pengalaman sebenar yang jarang dapat dirasai di sini, dan kami membawanya ke Asia.

“Dalam praktiknya, kami sering mengundang beberapa legenda kami ke Asia, kami juga membawa Piala Bundesliga ke Singapura. Ini hanya permulaan, kami akan berusaha mencari jalan di mana kami boleh membiarkan peminat mengalami sendiri pengalaman melihat perlawanan Bundesliga.

“Selain itu, bagi kami di rantau Asia Pasifik, media digital dan rangkaian sosial sangat penting, jadi kami berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk menyampaikan info-info terkini kepada para peminat, seperti di telefon mudah alih khususnya, dimana kami adalah antara pengeluar telefon mudah alih yang mengunakan teknologi hijau.

Cabaran Dengan Kepelbagaian Masyarakat dan Latar Budaya Setempat.

Perbincangan kami kemudiannya berpindah kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kepelbagaian budaya, dengan Kevin menjelaskan langkah-langkah awal yang beliau ambil untuk membantu Bundesliga berkembang sepenuhnya di Asia.

Kevin: “Sudah tentu ada jurang, kerana Bundesliga adalah liga Jerman, dan kebanyakan info asal kami adalah dalam bahasa Jerman. Apa yang telah kami lakukan adalah dengan memberi info-info yang boleh diakses secara meluas kepada peminat di seluruh dunia  dan kami kategorikannya dengan hashtag “#pundesliga”.

“Langkah seterusnya adalah untuk meningkatkan info dalam bahasa tempatan dan konteks setempat. Kami banyak melabur dalam bidang ini ; liga itu sendiri dan kelab yang ditawarkan kepada para peminat – dan kami sedang mencari cara untuk melokalisasikannya.

“Terdapat cabaran yang kami hadapi. Kebanyakan orang tidak menyedari betapa Asia bukan benua monolitik, kita ambil contoh India ; India adalah satu negara, tetapi mempunyai banyak latar belakang, bahasa, budaya yang berbeza … Ini adalah sama di Asia Tenggara. Apa yang telah kami lakukan adalah dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan rakan kongsi tempatan, untuk mendapatkan info yang lebih dekat dengan komuniti tempatan, dengan usaha untuk menjadi relevan secara kultural.

“Kami juga mengupah lebih banyak kakitangan tempatan, sebagai contoh, saya adalah kakitangan pertama yang bukan berbahasa Jerman yang bertanggungjawab di pejabat ini, dan kami akan melantik lebih ramai orang-orang yang tidak mempunyai latar belakang Jerman. Kami sentiasa mencari cara baru untuk mendekatkan diri dengan peminat tempatan, secara beransur-ansur beralih ke arah ‘rasa Asia’ yang lebih.

“Satu elemen utama bagi kami adalah hakikat bahawa tiada liga Eropah yang mempunyai pemain Asia yang ramai seperti yang ada di Bundesliga  sekarang dan para pemain ini telah mengembangkan bakat mereka di Jerman sejak berpindah ke sana.”

Sebab Pemain Asia Berjaya Di Bundesliga

Saya berpendapat bahawa idea “#pundesliga”, sekurang-kurangnya, akan menghapus idea orang Jerman sebagai orang yang tidak imajinatif, tetapi imej Jerman sangat jauh dari Asia. Jadi saya mencabar Kevin untuk mencari beberapa perkara yang sama, dan sudah tentu saya tidak kecewa dengan jawapannya:

“Terdapat banyak persamaan antara nilai-nilai Bundesliga dan Asia,” kata Kevin. “Jika kita melihat sebab utama mengapa pemain Asia mampu untuk berjaya di Bundesliga lebih baik daripada di liga lain, ini kerana bola sepak di Jerman sama seperti di Asia, ia bukan mengenai individu, tetapi mengenai pasukan. Pemain Asia secara umumnya terkenal kerana dedikasi dan kerja keras. Ini adalah kualiti yang sangat dihargai di Jerman.

“Itulah sebabnya mengapa di Bundesliga kami bekerja untuk membangunkan bakat daripada bawah sehingga ke atas walaupun itu akan jadi lebih mudah dengan membeli pemain, tetapi itu bukan cara kami di Jerman. Idea ini adalah untuk memberi peluang kepada, kelab, liga, untuk berkembang secara organik, dan ini diperluaskan kepada pemain dari Asia yang mempunyai peluang besar untuk berjaya di kelab Bundesliga.

“Bundesliga telah melabur 1.4 bilion dolar dalam infrastruktur sejak 2002 ; program latihan, akademi, dan lain-lain. Pemain-pemain Asia yang berpindah ke Jerman pada usia muda mempunyai keuntungan untuk bekerja dalam sistem pembangunan yang canggih yang membantu mereka untuk melakukan sesuatu pada tahap yang sangat tinggi. Sebagai contoh, Son Heung-Min datang ke Jerman ketika berusia 16 tahun, dan meninggalkan reputasi yang besar, menjadi pemain yang sangat hebat buat masa ini.

Harapan Pada Masa Hadapan

Pada masa ini mereka mejual berdasarkan gagasan tentang potensi besar Bundesliga di Asia, saya meminta Kevin membuat konklusi tentang perbincangan kami dengan beberapa petunjuk tentang apa yang boleh diharapkan daripada Bundesliga Asia pada masa hadapan.

Kevin: “Kami mempunyai rangkaian Lagenda dimana mereka  ditugaskan beberapa tahun yang lalu dan mereka terdiri daripada bekas-bekas pemain Bundesliga dari setiap bahagian dunia ; mereka ditugaskan hanya untuk tinggal di beberapa negara rantau, kami mempunyai legenda dari China, Jepun, dan Korea.

“Ketiga negara ini mempunyai hubungan yang kuat dengan Bundesliga, baik untuk pemain serta pengurus. Yasuhiko Okudera dan Cha Bum Kum datang ke Jerman pada tahun 1970-an dan pada hari ini kita mempunyai Yuning Zhang dan generasi akan datang daripada Jepun. Makoto Hasebe adalah contoh terbaik,  beliau mula menunjukkan bahawa dirinya adalah pemain Bundesliga yang hebat dan dengan cara itu beliau membuka jalan bagi pemain Jepun dan Asia lain untuk turut serta.

“Setiap liga mempunyai falsafah, budaya dan daya tarik tersendiri, tetapi dari sudut pandang Bundesliga, apa yang paling kita peduli adalah … bola sepak. Dan di sisi kewangan, Bundesliga sangat baik dijaga ; 34 kelab daripada 36 di bahagian pertama dan kedua menghasilkan keuntungan.

“Kami adalah contoh pertumbuhan yang mampan, kejayaan yang telah kami capai tanpa memecah tabung atau menanggung hutang. Ia adalah bola sepak seperti yang dimaksudkan, untuk peminat, dan itulah sebabnya stadium sentiasa penuh dan ada suasana yang luar biasa. Kami kini berusaha untuk memperluaskan budaya kami ke Asia, dan secara global.”