Malaysia Berita

TFC II Ikat UKM FC Di Shah Alam

Final Cabaran yang melibatkan UKM FC dan Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Shah Alam, berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2.

UKM FC yang beraksi di gelanggang sendiri gagal memanfaatkan peluang dan memberi kelebihan kepada TFC II yang memperoleh dua gol tempat lawan yang bakal dibawa untuk aksi timbal balik di Kuala Terengganu pada 15 Oktober ini.

TFC II membuka jaringan dengan Sharin Sapien berjaya menjaringkan gol pada minit ke-31 selepas menerima hantaran daripada sebelah kanan padang untuk merembat masuk dan menewaskan penjaga gol TFC II.

UKM FC bangkit lima minit selepas itu apabila Ijezie Michael berjaya menyamakan kedudukan buat UKM.

Masuk babak kedua, UKM FC berjaya mendahului permainan pada minit ke-74 apabila Thuriere Sebastien tertampan bola ke gawang sendiri.

Namun, kedudukan itu juga tidak bertahan lama apabila tonggak tengah TFC II, Zulkifley Zuasyraf pantas menyamakan kedudukan dua minit kemudian dan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat permainan.