Luar Negara Berita

Mourinho Yang Bertanggungjawab Atau Pemain Hilang Semangat?

Empat perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan dan satu persembahan yang buruk. Itulah dapat dikatakan pada perlawanan Liga Juara-Juara, diantara Manchester United yang menerima kunjungan Valencia awal pagi tadi yang berkesudahan tanpa gol.

Dengan khabar angin yang kuat mengatakan Zinedine Zidane bersedia untuk menggantikan beliau di Old Trafford, Mourinho tetap yakin yang beliau tidak akan di pecat.

Beliau yang di lihat mengakui bertanggungjawab di atas permulaan buruk United menerima keputusan perlawanan tersebut sebagai keputusan yang baik.

“Saya rasa ada perkara yang sukar untuk saya katakan, saya fikir anda ada alasan yang cukup untuk mengkritik saya,” katanya.

“Kami mungkin mempunyai beberapa peluang besar untuk memenanginya tetapi saya telah menerima keputusan itu sebagai keputusan yang adil, saya berkata pada musim sebelum musim lalu adalah luar biasa untuk menamatkan di tempat kedua (dalam Liga Perdana) dan saya tidak mengatakan lebih daripada itu.”

United yang menamatkan Liga Perdana pada tempat kedua musim lalu teruk dikritik peminat dan pengkritik bola sepak setelah permulaan buruk musim ini yang menyaksikan mereka tewas dan seri pada empat perlawanan terakhir.

United juga turut dipersoal dengan kurangnya kualiti permainan walaupun di barisi pemain bintang seperti Paul Pogba dan Lukaku dan persoalan yang timbul, adakah dengan memecat Mourinho akan membawa mereka kepada perubahan yang lebih baik?

Pertahanan United yang dilihat goyah dan bahagian tengah yang kurang kreatif, memberi kesan kepada pemain penyerang yang perlu turun jauh ke bawah.

Masalah ini dilihat tiada penghujungnya walaupun sudah beberapa kali Mourinho mengambil langkah menukar pemain-pemain sedia ada.

“Kami tidak mempunyai kualiti teknikal untuk dibina dari belakang,” kata Mourinho,

“Pemain penyerang kami tidak berada pada tahap kepercayaan yang penuh dan tahap individu terbaik mereka,” katanya.