Piala Dunia 2018

VIDEO: Milad Mohammadi tarik perhatian dengan cubaan lontaran yang unik

Piala Dunia kali ini kita menyaksikan begitu banyak perkara menarik. Skill yang hebat, jaringan bertaraf dunia dan juga beberapa situasi ‘set piece’ yang cukup mengagumkan.

Dalam bolasepak, kita sering melihat situasi ‘throw in’ digunakan bagaikan sepakan penjuru atau sepakan percuma. Pasukan seperti Stoke City dulu menggunakan kelebihan lontaran Rory Delap untuk membuat hantaran jauh ke kotak penalti lawan. Sama juga seperti ketika lontaran Adrian Jurad Chamrong untuk Perlis suatu ketika dahulu.

Tapi satu perkara yang menarik peminat bolasepak yang menyaksikan perlawanan di antara Sepanyol dan Iran semalam adalah percubaan lontaran Milad Mohammadi di hujung perlawanan.

Gaya lontaran sebegitu mungkin pernah kita lihat di Youtube dan dilakukan oleh pemain dari liga bawahan di mana tekanannya mungkin tidak terlalu besar. Tetapi nampaknya Milad Mohammadi berani mencuba di pentas tertinggi bolasepak!

Namun, ianya sekadar percubaan kerana ianya tidak begitu menjadi. Mungkin ruang di kawasan melontar tidak terlalu besar atau dia juga merasa gugup. Selepas percubaan pertama tidak menjadi, dia menukar taktiknya kepada lontaran dekat sahaja.

Semoga Iran akan berjaya layak ke peringkat seterusnya dan kita melihat lagi lontaran unik daripada Milad Mohammadi.