Kecoh di laman sosial mengenai isu jualan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di antara pasukan Malaysia menentang Thailand. Beberapa penyokong meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan penganjur yang tidak membuka jualan secara online untuk memudahkan mereka memiliki sekeping tiket tanpa perlu membeli di kaunter.
Difahamkan sekumpulan penyokong sudah pun beratur seawal 12 tengah malam semalam dan ada yang datang dari jauh tidak sempat membeli tiket kerana sudah habis dijual.
https://www.facebook.com/CempedakCheeseOfficial/posts/1096481483816086:0
Tinjauan di laman HarimauMalaya mendapati beberapa penyokong mengkritik tindakan penganjur yang menutup jualan tiket online.
Sementara itu, CEO pasukan Shah Alam Antlers, Ayani Ismail berpendapat semua pihak perlu belajar dari Stadium Jepun bagaimana mereka menguruskan sistem jualan tiket.
https://www.facebook.com/ahmadyani.ismail.9/posts/507496949591490
Seorang penyokong Selangor yang dikenali sebagai Romy Jarr mencadangkan agar sistem jualan online diperluaskan dan dilaksanakan secara menyeluruh dan lebih sistematik di masa hadapan.
“Stadium Shah Alam dibuka thn ’94 dilengkapi dgn ticket scanners dan numbered seats. Dah sepatutnya guna awal2 dah. Tapi jadi gajah putih. Bila guna online ticketing system, ada scanners for verification, ada numbered seats. Maka matilah semua ulat tiket. Sayang, dah ada semua.”
“Jika mahu masih terus dgn cara penjualan tiket ala 80an. Buka sekurang-kurangnya 10 interim ticketing centres di seluruh Lembah Klang. De-centralize. Boleh jual sedikit di stadium2 lain, sedikit di shopping malls, sedikit di gedung2 hypermarkets, sedikit di tempat2 lain.,” katanya.