Dalam bola sepak moden, kemeriahan bukan sahaja boleh dinikmati melalui tontonan di stadium sahaja. Kegirangan yang berlaku menerusi media social juga tidak kurang hebatnya. Salah satu penyebab utama adalah kewujudan hashtag antara pasukan yang sedang bertanding, termasuk di Piala Dunia 2018.
Istilah hashtag ini bermula dalam sukan di Amerika Syarikat. Paling kerap dilihat sudah pasti dalam saingan sukan bola keranjang NBA yang mempunyai hashtag sendiri. Sebagai contoh, Cleveland Cavaliers terkenal dengan #WhateverItTakes atau Golden State Warriors dengan DubNations. Perang hashtag ini kemudian diikuti oleh sukan lain termasuk bola sepak.
Di peringkat kelab, hashtag sudah lama digunakan, seperti #HalaMadrid yang biasa dilihat pada penyokong dan akaun media social rasmi Real Madrid atau #COYS buat pasukan Tottenham Hotspur.
Kini, peserta-peserta Piala Dunia 2018 juga tidak ketinggalan. Mereka memiliki hashtag khas masing-masing. Untuk memudahkan, kami menjelaskannya mengikut kumpulan di Piala Dunia.