Piala Dunia 2018 Santai

Gaya rambut unik yang digunakan pemain di Piala Dunia 2018 setakat ini

Piala Dunia 2018 tidak hanya melibatkan permainan indah atau menghasilkan kemenangan tetapi dalam masa sama, gaya tarikan daripada pemain itu sendiri memainkan peranan.

Gaya rambut adalah perkara yang menonjol daripada seorang pemain, selain daripada corak permainan dan sehingga kini, terdapat segelintir antara mereka yang menampilkan gaya rambut unik. Berikut adalah beberapa pemain yang tampil dengan gaya rambut menarik:

Roman Torres

Pahlawan Panama ini bukan setakat memiliki tubuh yang besar tetapi mempunyai gaya rambut yang cukup unik. Torres tampil dengan gaya rambut dreadlocks yang tidak dipotong kerana puterinya tidak mengizinkannya.

Keisuke Honda

Honda masih tampil dengan warna rambut perang. Cuma, kali ini dia tidak mengenakan gaya rambut yang terpacak. Dalam satu sesi latihan bersama skuad Jepun, Honda muncul dengan gaya rambut mengikut gaya terkini.

Cho Hyun-woo

Selain tampil hebat ketika menentang Sweden dengan gaya menyelamatkan gawang yang memukau, Cho Hyun-woo turut tampil dengan rambut unik. Bagi mereka yang menggemari K-Pop, apakah pendapat anda mengenai rambutnya?

David de Gea

Gaya rambut De Gea bukanlah sesuatu yang paling unik di Piala Dunia 2018, namun gaya rambut yang diikat ini mengingatkan kita kepada gaya rambut penjaga gol lain. Jika jawapan anda Loris Karius, ia mungkin benar.

Paul Pogba

Banyak peminat bola sepak yang berpendapat Pogba akan menampilkan gaya rambut berwarna seperti yang sering digayakan sebelum ini. Bagaimanapun, dia hanya tampil dengan rambut pendek tetapi tanpa sebarang warna. Namun, masih terdapat ukiran yang menghiasi kepalanya.

Domagoj Vida

Sebelum Brazil beraksi, gaya rambut Vida sudah menjadi bualan ramai di alam maya. Nipis di bahagian kanan dan kiri sambil sisa rambut yang lain dibiarkan panjang tampak seperti kuda. Ia salah satu gaya rambut unik daripada pemain bek Croatia ini.

Neymar

Gaya rambut yang paling banyak dibicarakan peminat di alam maya. Rambut Neymar yang persis mee goring ini memang unik tetapi itu tidak bererti ia muncul gaya rambut terbaik di Piala Dunia 2018.