Piala Dunia 2018 Berita

Kisah pasukan Asia yang pernah memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kanan

Perlawanan pusingan pertama Piala Dunia 2018 berlangsung dengan jayanya. Pelbagai keputusan yang terhasil memberikan respon yang pelbagai daripada seluruh peminat bola sepak dunia.

Seperti sedia maklum, kempen Piala Dunia 2018 diserikan dengan kehadiran lima buah pasukan dari benua Asia iaitu Arab Saudi, Iran, Australia, Korea Selatan dan Jepun. Setakat perlawanan pertama yang dihadapi oleh kesemua pasukan ini, hanya dua pasukan Asia sahaja yang berjaya memenangi perlawanan seterusnya memiliki 3 mata berharga.

Pasukan tersebut adalah Iran yang menang 1-0 ke atas wakil Afrika, Maghribi. Manakala sebuah lagi pasukan adalah, pasukan yang diberi jolokan Samurai Biru (Blue Samurai), Jepun yang berjaya menumpaskan wakil Amerika Selatan, 2-1 di Arena Mordovia.

Kejayaan dua buah pasukan ini mencatatkan kemenangan dalam kempen Piala Dunia kali ini memberikan harapan bahawa bola sepak Asia mampu mara ke peringkat yang lebih jauh lagi. Sorotan kami pada kali ini menemukan tujuh buah pasukan Asia memulakan aksi langkah kanan dalam sejarah kejohanan Piala Dunia.

Berikut adalah tujuh buah pasukan Asia tersebut: