Piala Dunia 2018

Analisis: Cristiano pecah rekod Puskas, Maghribi sah pulang awal

Jaringan awal Cristiano Ronaldo memberikan tiga mata pertama untuk juara Eropah selepas mereka menewaskan Maghribi 1-0. Cristiano memecahkan rekod jaringan Ferenc Puskas untuk menjadi penjaring terbanyak Eropah bagi perlawanan antarabangsa.

Dia kini merupakan penjaring kedua terbanyak keseluruhan di belakang bekas penyerang Iran, Ali Daei. Bagi Maghribi pula, selepas dua kekalahan, mereka nampaknya akan pulang awal dan mungkin juga kempen mereka akan tamat tanpa sebarang jaringan.

Berikut adalah analisis perlawanan di antara Portugal dan Morocco tadi.