Piala Dunia 2018 Berita

Gempa bumi dilaporkan di Mexico selepa Hirving Lozano jaringkan gol

Siapa sangka bolasepak boleh menghasilkan fenomena alam semula jadi.

Mexico mengejutkan juara bertahan, Jerman 1-0 malam tadi menerusi jaringan tunggal Hirving Lozano pada minit ke-35.

Saat Lozano menjaringkan gol itu pastinya menimbulkan rasa gembira di kalangan penyokong Mexico. Kita boleh bayangkan bagaimana mereka melompat kegembiraan ketika bola menerjah ke gawang gol.

Apa yang menarik, di Mexico City telah dilaporkan berlaku gempa bumi kecil ketika jaringan itu!

Jaringan Pengesan Seismik Mexico, SIMMSA, menyatakan bahawa mereka telah mengesan gegaran kecil menerusi dua pengesan di Mexico. Aplikasi gempa bumi Sepanyol, Sismilogia Chile pula menjelaskan bahawa fenomena itu mungkin berlaku ekoran lompatan serentak di seluruh negara sehingga pengesan mengesannya sebagai gempa bumi.

Begitulah impak bolasepak. Kegembiraan yang terhasil mampu menghasilkan banyak perkara. Bayangkan kalau Malaysia layak ke Piala Dunia dan Fakri Saarani menjaringkan gol pertama Malaysia menerusi gelecekan ala Messi, pasti seluruh Malaysia pula akan merasa gegaran seakan-akan gempa bumi.