Luar Negara Eropah

Walaupun diminati Man United, Anderson Talisca pilih China

Penyerang Benfica, Anderson Talisca telah membuat keputusan untuk beraksi di China meskipun sering dikaitkan dengan kelab Inggeris, Manchester United.

Pemain Brazil itu akan beraksi bersama kelab Guangzhou Evergrande secara enam bulan pinjaman di Liga Super China tahun ini.

Berita perpindahan itu memeningkan banyak pihak selepas media Portugis, O Jogo mendakwa yang Man United telah menawarkan £35 juta pound kepada Benfica.

Namun Benfica hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Talisca secara rasminya menandatangani kontrak pinjaman enam bulan bersama Guangzhou Evergrande.

Selepas Talisca lulus ujian kesihatan, beliau akan terus ke Itali dan sertai sesi latihan Guangzhou sebagai persiapan untuk pusingan kedua liga.

Pemain berusia 24-year-old itu menjadi buah mulut peminat bola sepak apabila sepanjang beliau beraksi selama dua musim secara pinjaman di Besiktas, beliau telah menjaringkan 37 gol dalam 78 perlawanan yang melibatkan semua pertandingan.

Prestasi cemerlang Talisca juga membantu Besiktas meraih juara Liga Super Turki pada musim lalu malah layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara Eropah sebelum tewas kepada Bayern Munich.

Guangzhou pula ketika ini menduduki tangga ke-5 liga, selepas berdepan pelbagai masalah meskipun telah berjaya memenangi liga tujuh kali berturut-turut.

Selain kehilangan Talisca, Man United juga bakal terlepas pemain Ajax, Justin Kluivert kerana menurut Calciomercato, pemain sayap Belanda itu dijangka akan menyertai Roma dengan nilai £13 juta pound.