Piala Dunia 2018 Berita

Daniel Arzani: Pemain muda Australia berketurunan Iran yang muncul pemain termuda di Russia 2018

Siapakah pemain paling muda di Piala Dunia 2018? Budak ajaib yang akan menjadi tumpuan banyak pihak itu adalah dari Australia, Daniel Arzani. Kurang daripada setahun selepas melakukan penampilan pertama bersama skuad senior Melbourner City FC, pemain berusia 19 tahun ini akan tampil beraksi di pentas paling berprestij di dunia.

Arzani sah didaftarkan sebagai pemain termuda di Piala Dunia 2018 selepas namanya dibariskan oleh Bert can Marwijk ke Russia. Kehadiran pemain termuda ini juga dipengaruhi oleh keputusan skuad kebangsaan Poland yang memulangkan pemain termuda mereka, Sebastian Szymanski, walaupun anak muda Poland itu lima bulan lebih muda berbanding Arzani.

Ia akan menjadikan mimpi Arzani kepada kenyataan. Sebenarnya, dia baru saja menjalani penampilan pertama skuad senior Melbourne City FC pada Ogos 2017 ketika Piala PFA Australia. Dia juga baru melalui aksi pertama di saingan A-League pada Januari lalu. Dalam pertemuan menentang Wellington Phoenix, penampilannya telah mencuri perhatian. Pemain yang lahir pada 4 Januari 1999 ini mencatat dua bantuan jaringan sehingga Melbourne menang dengan keputusan 2-1.

Pemain yang lahir di Iran itu akhirnya diberi kepercayaan untuk melakukan debut bersama pasukan kebangsaan Australia pada minggu lalu, iaitu 1 Jun 2018. Walaupun hanya memanaskan bangku simpanan selama 84 minit, dia akhirnya menikmati aksi bersama pasukan senior Socceroos dalam aksi pemanas badan berdepan Republik Czech.

Mahir beraksi sebagai pemain tengah menyerang dan sayap, Arzani akan banyak belajar daripada pemain senior, Tim Cahill. Pemain berusia 38 thaun itu diharapkan mampu menjadi mentor buat pemain masa depan Australia ini.

Sebenarnya, Australia dilihat memenangi Arzani dari negara kelahirannya, Iran. Hingga bulan Mei 2018, telah heboh berita tentang pemain muda yang lahir daripada keluarga imigran Iran ini akan memilih untuk berama “Team Melli.” Namun, Arzani jelas memilih untuk mewakili Australia, negara yang menjadi tanah airnya sejak berusia tujuh tahun.

Van Marwijk tampak tidak terburu-buru untuk membariskan Arzani dalam pasukan utama. Namun, jika anak muda berketinggian 171 sentimeter ini tampil meyakinkan ketika sesi latihan, tidak mustahil Soccerroos akan mempertimbangkan untuk menurunkannya dalam aksi bertemu Perancis pada 16 Jun nanti.